Why we choose this... What happens in college... What happens after college... What do we do next...

Saturday, May 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK KEPADA SEMUA RAKAN YANG BERBANGSA DAYAK!!
GAYU GURU GERAI NYAMAI!!!

Friday, May 30, 2008

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA 03PRMU dan SEMUA GURU-GURU yang berkhidmat di MALAYSIA dan di luar negara dan dimana jua anda berada!!!
Reunion Dinner - Terkini



Seperti yang telah diumumkan pada tahun lepas, kita akan mengadakan jamuan untuk semua warga 03PRMU. Buat sementara waktu tarikh yang dicadangkan ialah pada 22hb November 2008** dan bertempat di Hotel Dynasty, Miri.



Bayaran yang dikenakan ialah RM150 seorang dan dibenarkan untuk membawa seorang pasangan masing-masing.



- Segala pembayaran boleh di buat ke account Maybank saya 111057043172.

- Sila sertakan resit pembayaran saya bagi memudahkan semakan dibuat.

- Pembayaran hendaklah dibuat sebelum penghujung bulan
Julai 2008 bagi memudahkan penempahan hotel pada bulan Ogos 2008




Sekiranya ada yang berminat atau ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya secepat mungkin atau email saya di niccolaz@yahoo.com @ niccolaz@gmail.com



**tertakluk kepada perubahan semasa

Wednesday, January 09, 2008

Bonus ... Saguhati ... Honorarium .... Sukahati



KUALA LUMPUR 3 Jan. – Keputusan permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk mendapatkan honorarium atau sagu hati bagi menggantikan bonus kepada kakitangan awam dijangka diperoleh dalam minggu ini.


Presidennya, Omar Osman berkata, perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan dibuat selepas mendapat panggilan balas untuk menetapkan tarikh yang sesuai.


‘‘Kami akan bincang mengenai honorarium dan lanjutan persaraan wajib. Kami harap dapat keputusan yang positif dan menggembirakan semua pihak.


‘‘Perjumpaan itu kemungkinan dalam minggu ini. Kami hanya tunggu lampu hijau untuk berjumpa KSN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sebelum ini, Omar memberitahu, perbincangan dengan Mohd. Sidek mengenai honorarium atau sagu hati bagi menggantikan bonus kepada setiap kakitangan awam akan dibuat pada awal Januari.


Bagaimanapun perbincangan itu terpaksa ditangguhkan kerana Mohd. Sidek berada di Mekah menunaikan haji.


Omar berkata, beliau sangat berharap kerajaan mempertimbangkan permohonan CUEPACS agar sagu hati RM2,000 diberi kepada setiap kakitangan awam tanpa mengira gred.


‘‘Sekolah sudah buka. Saya yakin ramai yang merungut kerana ketiadaan bonus tahun ini.


‘‘Kami harap pertemuan dengan KSN minggu ini mendapat satu keputusan yang menceriakan semua,” ujarnya.


Source : Utusan Malaysia



Wah wah wah ... pendapatan negara makin meningkat