Why we choose this... What happens in college... What happens after college... What do we do next...

Saturday, May 05, 2007

27 Institut Perguruan Digabung


Kompleks Pelajaran Nilai jadi kampus utama, cawangan tawar bidang kepakaran


"BANGKOK: Semua 27 institut perguruan di Malaysia akan digabungkan menjadi satu, dengan Kompleks Pelajaran Nilai menjadi kampus utama, manakala institut yang sedia ada menjadi kampus cawangan, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, selain menawarkan kursus perguruan asas, setiap kampus cawangan akan mempunyai jurusan dan bidang kepakaran tersendiri, seperti pendidikan peringkat awal, pendidikan khas dan fizikal.

“Ini adalah masa yang tepat untuk menyelaraskan dan menggabungkan semua institut berkenaan yang selama ini beroperasi dalam entiti berasingan. Sekurang-kurangnya setiap satu institut ini kelak akan mempunyai identiti dan etos tersendiri,” katanya dalam satu wawancara di sini, semalam.

Hishammuddin, yang dalam rangka lawatan empat hari ke Thailand berkata, satu daripada langkah yang diambil kementerian bagi menangani masalah kekurangan guru berkelayakan di Sabah dan Sarawak ialah menjadikan dua institut perguruan iaitu di Tawau dan Miri bagi melatih bakal guru dari kedua-dua negeri itu dan kemudiannya menempatkan mereka berkhidmat di sana, terutama di pedalaman...."



Note : Sumber Berita Harian Online

No comments: