Why we choose this... What happens in college... What happens after college... What do we do next...

Saturday, May 05, 2007

Isu kenaikan gaji dalam ‘pertimbangan aktif’: PM

Cuepacs jangka Perdana Menteri umum keputusan pada 21 Mei


"KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini dalam ‘pertimbangan aktif’ terhadap permohonan Cuepacs mengenai tuntutan kenaikan gaji kepada kakitangan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata JPA akan memaklumkan kepada kerajaan selepas melakukan pertimbangan terhadap tuntutan itu.

Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan bila kerajaan mengumumkan berhubung kenaikan gaji itu.

Cuepacs menjangkakan Abdullah akan mengumumkannya pada majlis perhimpunan kakitangan awam dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada 21 Mei ini.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, semalam.

Pada 11 Januari lalu, Cuepacs mengemukakan memorandum kepada Abdullah memohon tuntutan kenaikan gaji secara menyeluruh untuk kakitangan awam dengan alasan ia perlu disesuaikan dengan kos sara hidup semasa.

Cuepacs memohon kenaikan gaji 30 peratus bagi kakitangan awam Gred 17 hingga 40, 20 peratus (Gred 41 hingga 54) serta lima hingga 10 peratus (Jawatan Utama Sektor Awam). Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam ialah pada 1992...."


Note : Quote from Berita Harian Online

1 comment:

Anonymous said...

mala jak pertimbang2, aku dah hilang pertimbangan tok ... lamak nar juak ... dah lebih 10 tahun benda tok ... xkan mauk timbang agik ... timbang kilo kali